Assalamualaikum....

Semoga hari-hari yang dilalui oleh kita sentiasa diberkati dan dilimpahi kasih sayangNya

Anda semua pernah mengalami tekanan/stress? Apa itu tekanan?


Dalam A Dictionary of Human Behaviour (1981: 121) pula, memberikan
definisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan
untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk
mengendali suatu situasi.


Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman
Najati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung
melihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti
gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut.

Saya pasti anda semua pasti mengalami keadaan ini. Mungkin saja tekanan belajar,tekanan kerja,tekanan tanggungjawab dan sebagainya.Ape yang anda biasa lakukan bila berada dalam keadaan tertekan? Dan bagaimana anda mengatasi atau mengurangkan rasa tekanan yang dirasai?

Saya nie pelik sikit,kalau tertekan je mesti cari baju untuk dicuci. Entahlah kalau saya cuci baju waktu mengalami stress nie mesti rasa seronok. Kadang-kadang dua baldi baju pun mampu saya cuci tanpa rasa penat kalau tengah stress. Tapi tu tabiat yang bagus la bagi saya baju saya jadi bersih dan tak payah guna washing machine lagi. Jimat....pilihan bijak!!

Tapi satu tabiat yang saya tak suka waktu stress adalah makan banyak.Mulut rasa nak makan je. Bukan mulut tu tapi nafsu kan...ish ish ish...teruk bebenar perangai. Bila makan banyak je mula lah beli ni beli tu...membazir-membazir...pilihan tak bijak!!!!Duit habis ,lemak pun bertambah dan lepas tu diet tak habis-habis...ape lah nak jadi???

www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails