Assalamualaikum

Semoga hari-hari yang kita lalui terus dilimpahi rahmat dan hidayahNYa.


Bukan senang nak senang kan? Untuk kita capai sesuatu kejayaan perlukan pengorbanan yang besar. Itu yang saya lalui dan mungkin juga anda semua. Kadang-kadang hampir saje saya berputus asa untuk mengejar kejayaan dan berhenti di pertengahan jalan. Memang hidup tak seperti yang kita rancang kerana kita hanya lah seorang perancang tapi yang menentukannya hanya lah Yang Maha Besar,Allah S.W.T. Tapi kite tetap perlu merancang masa depan yang bakal dilalui kerena tanpa perancangan hidup kita umpama seperti sabut kepala di tengah lautan, yang tiada tujuan ,yang hanya mengikut alunan ombak dan di situlah ia terdampar.

Kita perlu merancang masa depan kita walaupun bukan kita yang menentukannya kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang mengubahnya.Jadi untuk mengecapi kejayaan dan menjadi senang,usaha itu perlu!!!!

Untuk berjaya dan menjadi senang bukan lah senang namun seandainya formula usaha,doa dan tawakal kita amplikasikan dalam hidup kita,ianya bukanlah mustahil. Namun,usaha bukan la hanya usaha seperti hangat-hangat tahi ayam tapi usaha kita haruslah berterusan dan bersungguh-sungguh kerana mana kan kita dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyungnya. Usaha juga perlu seiring bersama doa pada Yang MAha Satu, Allah S.W.T. dan seterusnya bertawakal lah dengan segala kemungkinan yang bakal kita kecapi. Mungkin ia pahit dan mungkin ia juga manis namun ingatlah didalam pahit itu mungkin ia boleh menjadi ubat buat kita dan didalam manis itu mungkin saje ia boleh menjadi penyakit buat kita. Sesungguhnya apa yang ditentukan oleh Yang Maha BerkUasa adalah yang terbaik buat kita.

Teringat pada kata-kata seorang teman "mengejar sesuatu yang dianggap mustahil akan menghasilkan sesuatu yang tidak mustahil". Jadi untuk menjadi seorang yang berjaya atau mencapai nikmat kejayaan perlulah usaha dan pengorbanan berserta doa dan tawakal padaNYA.


www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails