Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah,
PadaMu tempatku mengadu...

Segala kesakitan yang aku hadapi...

Segala kesedihan yang aku tangisi...

Kuatkan aku...

Ya Allah,

Jadikan aku hambaMu yang bertaqwa...
Jadikan aku hamba Mu yang berguna...
Pada agama,bangsa dan negara...
Pada keluarga, sahabat dan saudara-saudara seislamku....

Ya Allah,
Kau jauhkanlah segala perasaan yang tidak elok dihatiku...
Kau bimbinglah aku ke jalan kebenaran...
Kau kurniakanlah aku hidayahMu...

Kau kuatkanlah iman dan hatiku yang lemah....


Ya Allah,

Aku tidak pernah menyesal....

Saat aku memilih jalan ini....

Walau terlalu banyak jerit perit yang terpaksa aku lalui..

Aku redha.....

Cuma....

Aku mohon....

Kuatkan aku...
Ikhlaskan hatiku padaMu....


Ya Allah,

Aku sanggup....

Aku terima.....

Biarlah mereka meninggalkan aku....
Biarlah mereka memulaukan aku...
Kerana aku memilih jalan ini....

Tapi aku mohon jangan sesekali Kau tinggalkan aku....


Ya Allah,

Biarkan mereka menghinaku...

Biarkan mereka mengejiku...
Aku rela....

Demi kemanisan cinta aku bersamaMu...

Demi keredhaanMu terhadapku...

Ya Allah,

Terima kasih kerana membuka hatiku...

Terima kasih kerana sanggup menerima kukembali....


Ya Allah,

Kurniakan mereka petunjuk dan hidayahMU...

Agar mereka juga bisa menikmati manisnya cintaMu....

Ya Allah,

Aku mohon dengan sangat...

Aku mohon dengan sangat...

Aku mohon dengan sangat.....
www.tips-fb.com
Assalamualaikum....



Thread ini dibuat khas untuk Adik Ammar yang kini sedang sakit.
Maklumat lanjut mengenai Ammar ada disini > http://mylife-asz.blogspot.com



Kami mendapati bahawa Adik Ammar mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan lanjut pada tarikh 22 / 2 / 2010. Tetapi, kos untuk rawatan tersebut terlalu tinggi untuk dicari oleh keluarganya. Kos rawatannya ialah RM12,000.


Mungkin anda tidak mampu menyumbang RM12000. Tetapi jika 600 orang menyumbang RM20, maka RM12000 bukanlah mustahil untuk kita kumpulkan. Lagi banyak anda sumbangkan, lagi cepat kita dapat kumpulkan RM12000 untuk Adik Ammar.


Kami yakin ada ramai diluar sana boleh membantu Adik Ammar.
Sumbangan anda boleh dibuat ke akaun Ibunya berikut:


Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)



keikhlasan sumbangan anda pasti akan mendapat balasan yang baik. RM20 bukanlah duit yang besar untuk kita simpan selama-lamanya, Kebajikan yang dilakukan kitalah yang akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Buktikan kita Blogger yang saling mengambil berat antara kita.



Korang promote la kat kawan-kawan yang tak tahu..Gunakan segala medium yang termampu..Melalui Blog atau..Update status pada Facebook,Friendster,Myspace,Ta gged,Hi-5,Flickr,Flixter dan lain-lain even create forum post kat mana-mana yang boleh…Setiap usaha mampu menolong ADIK AMMAR..I’m begging you..Help him.. www.tips-fb.com
AsSALaMuaLaikuM.......



Buat sahabat-sahabat dan saudara-saudara seislamku....semoga kita sentiasa berada di dalam limpah rahmat dan kasih-sayangNYa....semoga cinta kita padaNYa dan kekasihNya,Ya Rasulullah sentiasa teguh dan bertambah-tambah....



Marilah sama-sama kita lihat dan jadikan contoh teladan tentang peribadi kekasih kita, Ya Rasulullah.......mencintai Rasulullah S.A.W bererti cinta kepada Allah S.W.T









~ Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.
(Muttafaq alaih)


~ Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok.
(Muslim)


~ Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya.
(Bukhari)


~ Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan.
(Muslim)


~ Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu.
(Muttafaq alaih)


~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak.
(Tirmizi. Hasan)


~ Dari Aisyah ra, dia berkata "Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum".
(Bukhari)


~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan."
(Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)





*Penulis memetik hadis dan dalil dari buku Mengenal Peribadi Rasulullah SAW karya Syeikh Muhammad Jamil
Zainu)


sumber : iluvislam
www.tips-fb.com

Assalamualaikum......


Kenapa harus macam nie???
Besarkah salahku sehingga aku dibuat begini???
Aku cume manusia biasa....
HambaNya yang kerdil lagi hina....
Jika aku membuat salah....tegurlah aku.....
Pimpin aku ke jalan yang sepatutnya.....


Betapa terluka hatiku bila kalian berbuat begitu.....
Ape salah aku?????
Teruk sangat kah???
Tegurlah aku....agar aku dapat memperbaiki diriku.....
Aku tahu aku tak sebaik kalian....
Aku tak sealim kalian....
Bimbinglah aku....agar aku tak terus tersesat....


Ya Allah,
HambaMu tidak kuat....
HambaMu terlalu lemah...
Kuatkan aku Ya Allah....
Lindungi aku dari putus asa......
Aku tahu aku tidak layak bersama mereka....
Kerana aku terlalu hina dipandangan mereka....
Tapi cukuplah aku ada Kau bersamaku Ya Allah....
Yang sentiasa bersamaku walau aku dalam keperitan .....
Aku mohon....jangan tinggalkan aku kesepian didunia ini Ya Allah..
Kerna aku tidak boleh hidup tanpa kasih sayangMu.....





Biarlah mereka terus memulaukan ku....
Cukup aku ada diriMu di hatiku....Ya Allah www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails