Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah. Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah seperti tidak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulama' dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!". Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR

* Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.
* Kehendak Allah mengatasi segala.
* Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah.
* Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya.
* Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.

* Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.
www.tips-fb.com

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan......

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut...

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.





www.tips-fb.com

assalamualaikum....

Terlalu pantas masa berlalu,dah habis sebulan waktu untuk bercuti...dan sekarang ct kembali ke medan perjuangan ct...Ukm...hehehe Bermulanya semester baru...ada je azam baru tapi azam lama tetap diteruskan jugak,nak tingkatkan lagi pointer, tak nak main-main lagi waktu belajar dan macam-macam lagi la.... Semester nie tak ada la homesick sangat..tak macam sem lepas homesick sampai asyik nak makan je,tak boleh nak belajar...tapi sekarang dah kurang sikit mungkin sebab umur dah makin bertambah jadi diri pun makin matang la kot....( rasa2 tak la matang sangat...perangai masih kalah adik bongsu lagi)...tapi kan rindu jgak kat seseorang kat kampung...(jangan fikir bukan2 tau....orang rindu kat mak la)....mak cakap hari tu mak teringin sangat nak hantar ct balik ukm tapi banyak pulak halangan...sapa nak bagi makan kucing kat umah,sapa nak uruskan makan minum abang long...dan yang paling mak risau sapa nakjaga umah....( macam la umah tu lari...sayang betul mak kat umah tu)....tapi tak pe la sekurang-kurangnya dapat jugak mak pergi hantar sampai umah akak hari tu...sambil2 lepaskan rindu kat cucu kesayangan....(anak buah ct la) Bercakap pasal anak buah nie...rindu pulak kat Nik Mohd Aidil Ridhuan...( sapa yer????ni la anak buah ct )....comel btul...tiba2 plak rasa homesick lagi...ish3
Dah la, tak nak cakap lagi, nantikan tak pasal2 homesick...habis makanan kat kafe hehehe
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails