AssaLamuaLAikum....

DeNGAn NAma ALLAh YAng MAhA PenGAsih Lagi MAHA PenYayang...


Ape kHabar SaHAbaT-sAhABat??? apE KhaBAr iMAn kiTA hAri ini????

moGA -moGa kiTa semUA senTiAsa BeraDA daLAm LimpAhAn KasIh DAn SayAngNYA


HAri Nie ctiEy NAk konGsi kEbAikan berSENAm ...


LAmA RAsanyA tAK pErGI jOggINg....SiBuk dEnGAn AssiGnMent YANg bErTimBUn-timBUn...TAk siAp-sIAp LAgi...BiLA LA nAK Pergi BErSeNAm....???

bErSENAm tu pentiNg...TAk CAyA??? JOm BAcA..

Abu : Isk, banyak betol lemak ayam ni.

Ali : Normal lah, ayam.

Abu : Ayam ni dulu mesti tak rajin pegi exercise.

Ali : ... Apa jenis lawak kau buat ni?

Lawak spontan yang kawan serumah buat ketika memasak malam tadi berkaitan dengan bersenam. Ya, bersenam.

Ramai orang ambil ringan akan bersenam. Kalau ditanya soalan "apakah kepentingan bersenam?" pada setiap orang di muka bumi ni, insyaAllah semua boleh jawab. Inilah jawapan-jawapan tipikal masyarakat pada soalan ini.

1. Untuk menyihatkan badan.

2. Untuk membakar lemak.

3. Untuk menguruskan badan.

4. Untuk menghilangkan stress.

Pendek kata, semua orang sedia maklum akan kepentingan bersenam; untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi, masih ramai yang mengabaikannya, masih ramai yang meninggalkannya. Bukan saja golongan yang sudah bekerja (baca: golongan sibuk dengan tugas), tapi golongan pemuda pun turut meninggalkannya.

Ramai lebih suka duduk terperap dalam rumah. dalam kes yang lebih ekstrim , duduk terperap dalam bilik dan menyihatkan jari-jemari (baca: main video games atau berchatting). Ada juga yang sengaja melepak-lepak di tepi jalan atau jambatan, membuang masa berborak kosong bersama teman-teman. Alangkah ruginya. Bukankah lebih elok kalau pergi bersukan? Sekurang-kurangnya boleh sihatkan badan.

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Selain itu, sabda Rasulullah SAW :

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)

Apa lagi kawan-kawan? Ayuh, kita lazimkan bersukan. Badan cergas, otak cerdas, insyaAllah.

p/s: Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadis di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. Pendek kata, mukmin kena seimbang; rohani dan jasmani.

sUmbEr: Iluvislam.com

www.tips-fb.com
1 Response
  1. abah_izz Says:

    Salam..Dulu mmg rajin gie brsenam..time bujangla..skrg ni..sibuk sikit kut..( antara alasan untuk alasan tak nak gie brsenam)..


Related Posts with Thumbnails