AssALAmuaLAiKUm......
DeNGAn NAma ALLah YAng MAHa PenGASih LAgi MAha PenyAyanG.....
Ape KHABAr agAknYA imAn kiTA saaT ini???
BerTAmbAhkAh???mAkin siHAt kAh???
seMOgA kiTA semuA sentIasa beradA daLAm limPAh dan RAhmAtNYA......
PetANg NIe...ctiey NAk koNGsi satU pesanaN yang teLAh diberi seseOrang kepaDA ctiey....sahABAt baik YAng sentIasa mengingaTkan ctiey seWAktu Lupa daN alpa dengAn dunia nie......
JAdi ...sekarAng,ctiey nak kongsi denGAn kawaN-KAwan semua....WALaupun ctiEy raSA anda semUA sudah bIasa memBAca pesAnan seperti ini.....TAk saLah untuk Kita terus Ingat menGingati sesaMA manusia...apAtah lagi suadarA sesaMA isLAm....
JOm....kitA HAyatI dan aMALkan.....
Bingkisan tulus dari Adam buat Hawa…
Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.
Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.
Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah ahti dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang leamh. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah.
Oleh itu, ingatkan aku, Adammu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.Moga impian kita semua untuk mencari cinta yang diredhai kan termakbul. Mudah-mudahan coretan ini sedikit sebanyak mengajar kita bermuhasabah diri dalam merebut sekeping hati seorang insan yang kita cintai. Insya-Allah sinaran cinta Ilahi yang dicari akan ditemui. Sematkan pesanan ini dalam hati agar kita saling mengingati, kebahagiaan hakiki akan dapat diraih.