ASSaLAMUaLAiKUm......


DEnGaN NaMA ALLah YAng MAHa PenGAsIh LAgi MaHa PenyAYaNG....

aPA KHAbaR IMAn KiTA HAri INi?????BErtAmbAh KAh????SiHAtKAh ????


MOGA-mOGA MAkiN BerTAmbAh ImAn KiTA DAn AKan TerUS BerTAmbAh CInTA DAn KAsIH KiTA PAdA ALLAh S.W.T DAn RASuLULLAh S.A.W....


SeMOgA KeDAtaNGAn TAhUn BAru INI MemBeri KeKuaTAn BUaT kiTA meLAkuKAn peruBAHAn....pErubahAn YAng BAik.....perUbAhaN yAng AKaN mEMbaWa KIta KE sYUrga....peRUbaHaN yaNG aKAn MEMbaNtu aGaMa kIta....


saLaM maal hiJraH kEPAda SEMua umaT islaM DI sELuRuH dunIa..... www.tips-fb.com

ASSaLamUALAikum.....


DengaN NaMA ALLah YAng MaHA PengAsIH Lagi MaHA PenyAyANg.....


Ape KHaBAr imAn kiTA hARi ni????


SemoGA IMAn ,CinTA dAN rinDu kiTA terUS bertAMBAH buAt YANg MAHA PencIpTA....

HAri nie....ctiey ada satu cerita/nasihat/tazkirah untuk dikongsikan buat sahabat-sahabat semua.....mungkin ada yang pernah baca....jadi sama-sama la kita ambil manfaat dari ape yang kita baca nie.....


jom kita hayati,renungi...fikir-fikirkan...dan amal-amalkanlah ape yang baik dari cerita yang kita baca nie....



Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.

Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..

Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-

ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).

Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...

Meon: Mana? Mana? Mana?

Sop: Tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..

Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !

Meon: Eh ye ke? Yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?

Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..

Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...

Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [Surah Al-Mulk :12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.


sumber: iluvislam.com

www.tips-fb.com

AssaLAmuaLaikum.....



DengAn NAmA ALLAh YAnG MahA PengAsiH LAgi MaHA PenyayanG.....


APe KHAbAr imAN kitA hAri nie....?????


mOgA bertAmBAh-TAmbAH hendAknyA....



hARi nie CT nAK kongsi SAtu Artikel yang SAngaT menARik.....


JOm LA baCA......moGA membEri MANfaat...


Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?



sumber: iluvislam.com www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails