Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang MAha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ape KHabar iMan kita hari nie???

seMoga cinta dan Rindu kita sentiasa ada UntukNYa

Saya rindu mak saya...saya sayang mak saya...saya ingin sentiasa berada bersama mak saya....

Tapi saya tahu...jika saya sayangk
an mak saya...saya perlu berkorban...pengorbanan yang saya perlu lakukan...berjauhan dari nya...demi mengubah nasib keluarga pada masa yang mendatang....


Mak.....doakan anakmu ini....moGa menjadi anak yang solehah didunia dan diakhirat nanti...moga berjaya menempuhi segala ujian demi membahagiakan mu...

Saya sayang kan mak....maafkan saya mak andai melukakan hatimu...


Tanpa mak...tiada insan yang bernama siti sarifah bt rani didunia ini....terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan anakmu ini.....

Pergorbanan mak dan jasa-jasa mak tak mungkin terbalas.....terima kasih mak...kerana menjadi ibu saya...


Didedikasi khas buat insan bernama Maimon bt Abdullah...


iBu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Ibu...kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah... Tuhan Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)


Sumber http://www.hijjaz.com.my
www.tips-fb.com

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ape khabar iman kita hari ini???

mOga makin bertambah-tambah cinta dan kasih kita padaNYa.....


Hari nie nak cite sikit pasal tesis.Pening la fikir sal tesis nie..
Dah la pembentangan makin dekat...proposal tak siap lagi....
Ape la nak jadi pada aku nie...
Tu la malas sangat...awal2 tak nak fikir tajuk ape nak buat...(padan muka ang ct)
Tapi tak pe...stelah sekian lama mencari maklumat ..akhirnya aku dah buat keputusan nak buat tajuk "Kajian Keberkesanan Ekstrak Akueus Piper Sarmentosum (sireh duduk) Sebagai Bahan Anti Malaria Terhadap Jangkitan Plasmodium Berghei Pada Mencit"
dan aku akan teruskan dengan tajuk ini walau sesusah mana pun....(kuat ct kuat!!!!)

Tarikh pembentangan proposal adalah seperti berikut:

masa:2.oopm
tarikh:11 ogos 2010
tempat:G138bb

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan ku dan juga sahabat-sahabatku...semoga kejayaan menjadi milik kami semua....amin...
www.tips-fb.com

Assalamualaikum...

Apa khabar iman kita hari nie???

Semoga makin bertambah cinta dan keimanan kita padaNYA...


Sebenarnya....saya nak ckap sal buah tin...pernah tak anda semua makan???
Ada kenangan manis saya bersama buah tin...
Nak tahu????biarlah rahsia.....hehehehe



JOm la kita cerita sikit sal buah tin .....

Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.





Diantara kelebihan buah tin:

* Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
* Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

Buah teen kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah teen yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah teen kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah teen mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.



Nilai nutrisi didalam buah teen kering:
Nutrisi
Protin gm 4.3
Lemak gm 1.3
Mineral gm 2.4
Serat gm 5.6
Karbohidrat gm 63.4
Tenaga kcal 274
Kalsium mg 126
Forforus mg 77
Zat besi mg 3
Vitamin C mg 1


Info Khasiat Buah Tin

Jika dimakan yang kering (Tidak terlalu Banyak)

- Terhindar dari bahan-bahan keracunan
- Melicinkan tekak dan dada
- Mencuci hati dan jantung
- Membersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus
- Jika dimakan masih basah
-Jika dimakan bersama buah pala sekiranya sebelum terminum/termakan racun pembunuh akan terselamat
-Menghilangkan penyakit buasir



sumber:http://www.dariwanitauntukwanita.com/?lang=my&id=1&mnu=1&act=5&content=38 www.tips-fb.com
www.tips-fb.com
www.tips-fb.com
www.tips-fb.com
nadia yang comel

Pada suatu hari yang menceriakan.....
Aku sedang membaca surat khabar harian metro...
Tentang kisah pembuangan bayi...

Tiba-tiba nadia atau lebih mesra dipanggil baby datang menghampiriku...

Alkisah....bermula satu cerita....

nadia: kakak,nak baca jugak surat khabar...
aku: baby mana pandai baca ..
nadia: nak tengok ..cian kat baby tu kena buang..nangis dia
aku: aah,kasihan...kecik lagi...nak nangis rasa
nadia: kakak nak nangis ke???
aku: nadia tak sedih ke??
nadia: sedih....nak nangis rasa


Setelah habis berita ku baca...

nadia: cian kat baby tu kan kakak...
aku: ye, sayang...
nadia: 2 ekor ke baby kena buang??
aku:???sapa ajar panggil ekor??
nadia: habis tu sekor ke kakak??
aku: nadia,manusia orang tak panggil ekor la...orang panggil orang...2 orang
nadia: 2 orang....
aku: jangan panggil sekor lagi tau....seorang
nadia: ye...seorang....
aku: panggil ape???
nadia : seorang..


p/s: nadia baru berumur 4 tahun..rajin...suke belajar dan cepat belajar... www.tips-fb.com

" Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. "

" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? "

" Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan. "
www.tips-fb.com



Assalamualaikum....

Semoga hari-hari yang dilalui oleh kita sentiasa diberkati dan dilimpahi kasih sayangNya

Anda semua pernah mengalami tekanan/stress? Apa itu tekanan?


Dalam A Dictionary of Human Behaviour (1981: 121) pula, memberikan
definisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan
untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk
mengendali suatu situasi.


Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman
Najati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung
melihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti
gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut.

Saya pasti anda semua pasti mengalami keadaan ini. Mungkin saja tekanan belajar,tekanan kerja,tekanan tanggungjawab dan sebagainya.Ape yang anda biasa lakukan bila berada dalam keadaan tertekan? Dan bagaimana anda mengatasi atau mengurangkan rasa tekanan yang dirasai?

Saya nie pelik sikit,kalau tertekan je mesti cari baju untuk dicuci. Entahlah kalau saya cuci baju waktu mengalami stress nie mesti rasa seronok. Kadang-kadang dua baldi baju pun mampu saya cuci tanpa rasa penat kalau tengah stress. Tapi tu tabiat yang bagus la bagi saya baju saya jadi bersih dan tak payah guna washing machine lagi. Jimat....pilihan bijak!!

Tapi satu tabiat yang saya tak suka waktu stress adalah makan banyak.Mulut rasa nak makan je. Bukan mulut tu tapi nafsu kan...ish ish ish...teruk bebenar perangai. Bila makan banyak je mula lah beli ni beli tu...membazir-membazir...pilihan tak bijak!!!!Duit habis ,lemak pun bertambah dan lepas tu diet tak habis-habis...ape lah nak jadi???

www.tips-fb.com

Assalamualaikum

Semoga hari-hari yang kita lalui terus dilimpahi rahmat dan hidayahNYa.


Bukan senang nak senang kan? Untuk kita capai sesuatu kejayaan perlukan pengorbanan yang besar. Itu yang saya lalui dan mungkin juga anda semua. Kadang-kadang hampir saje saya berputus asa untuk mengejar kejayaan dan berhenti di pertengahan jalan. Memang hidup tak seperti yang kita rancang kerana kita hanya lah seorang perancang tapi yang menentukannya hanya lah Yang Maha Besar,Allah S.W.T. Tapi kite tetap perlu merancang masa depan yang bakal dilalui kerena tanpa perancangan hidup kita umpama seperti sabut kepala di tengah lautan, yang tiada tujuan ,yang hanya mengikut alunan ombak dan di situlah ia terdampar.

Kita perlu merancang masa depan kita walaupun bukan kita yang menentukannya kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang mengubahnya.Jadi untuk mengecapi kejayaan dan menjadi senang,usaha itu perlu!!!!

Untuk berjaya dan menjadi senang bukan lah senang namun seandainya formula usaha,doa dan tawakal kita amplikasikan dalam hidup kita,ianya bukanlah mustahil. Namun,usaha bukan la hanya usaha seperti hangat-hangat tahi ayam tapi usaha kita haruslah berterusan dan bersungguh-sungguh kerana mana kan kita dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyungnya. Usaha juga perlu seiring bersama doa pada Yang MAha Satu, Allah S.W.T. dan seterusnya bertawakal lah dengan segala kemungkinan yang bakal kita kecapi. Mungkin ia pahit dan mungkin ia juga manis namun ingatlah didalam pahit itu mungkin ia boleh menjadi ubat buat kita dan didalam manis itu mungkin saje ia boleh menjadi penyakit buat kita. Sesungguhnya apa yang ditentukan oleh Yang Maha BerkUasa adalah yang terbaik buat kita.

Teringat pada kata-kata seorang teman "mengejar sesuatu yang dianggap mustahil akan menghasilkan sesuatu yang tidak mustahil". Jadi untuk menjadi seorang yang berjaya atau mencapai nikmat kejayaan perlulah usaha dan pengorbanan berserta doa dan tawakal padaNYA.


www.tips-fb.com

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.




sumber: iluvislam.com

www.tips-fb.com
mimi dan nadia yang menceriakan hidupku...



















ainul mardhiyah...yang comel dan bijak...membuat aku sentiasa tersenyum bersamanya






ibu bersama nadia syafikah...




















nik mohd aidil ridhuan....yang comel yang menemaniku sewaktu cuti www.tips-fb.com

Assalamualaikum......


Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpah kasih dan hidayahNya....



Hari ni 11 julai 2010,aku kembali lagi ke ukm untuk berjuang...

Kuharapkan ketabahan sentiasa bersama aku dalam perjuangan ini..

Moga aku tidak lalai dengan dunia dan hasutan syaitan yang tidak henti-henti menggangguku..

Semoga aku berjaya menempuhi semester ini dengan kejayaan yang lebih cemerlang...

Semoga aku berjaya membuat ibu dan adik beradik ku tersenyum ..

Semoga aku terus menjadi sahabat,teman dan kawan yang baik..

Semoga keimanan dan ketaqwaan aku terus bertambah..

Amin,amin,amin ya rabbal alamin... www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails