assalamualaikum....

Terlebih dahulu ct nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua kawan2 dan sesiapa yang mengenali ct...semoga kehadiran tahun baru ini memberi sinar baru dalam kita menambahkan pahala dan mengurangkan dosa2 kita...



Seperti tahun2 yg sebelumnya tahun nie nak jadi lebih baik dari tahun sebelumnya, jadi anak yg solehah,kawan yang baik,kakak yang baik,adik yang baik dan semua yang baik la...semoga Tuhan permudahkan segala urusan...



Tahun 2010 maknanya umur dah bertambah, sedar tak sedar dah 22 tahun dah...maknanya jugak umur dah bertambah,masa untuk beribadat dan membuat kebaikan dah makin berkurang la kan...mungkin bila2 masa je kita akan pergi menyahut seruan Ilahi....bersediakah????susah nak menjawabnya......



Tahun nie dah tak nak bermasam2 muka lagi dengan orang yang suke cari psal...kalau diorang tak nak pedulikan sal ct,biarlah...kalau diorang nak sakitkan hati nie,biarlah....yang penting diorang happy....malas dah nak amik kisah benda2 macam nie....banyak lagi benda yang perlu dibuat....lagipun ct percaya kalu kita dipihak yang betul,lama2 orang tu akan sedar jugak dan kembali pada kita jugak....



Harap2 tahun nie memberi seribu satu kebahagiaan pada keluarga ct, kawan2 ct, saudara2 seislam ct, dan juga pada ct,.....marilah kita perbanyakkan pahala kita dengan membuat amal ibadah,membuat kebaikan dan mengurangkan dosa kita yang kita sedar mahupun yang kita tak sedar ....dan semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua....Amin www.tips-fb.com

Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah. Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah seperti tidak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulama' dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!". Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR

* Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.
* Kehendak Allah mengatasi segala.
* Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah.
* Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya.
* Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.

* Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.
www.tips-fb.com

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan......

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut...

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.





www.tips-fb.com

assalamualaikum....

Terlalu pantas masa berlalu,dah habis sebulan waktu untuk bercuti...dan sekarang ct kembali ke medan perjuangan ct...Ukm...hehehe Bermulanya semester baru...ada je azam baru tapi azam lama tetap diteruskan jugak,nak tingkatkan lagi pointer, tak nak main-main lagi waktu belajar dan macam-macam lagi la.... Semester nie tak ada la homesick sangat..tak macam sem lepas homesick sampai asyik nak makan je,tak boleh nak belajar...tapi sekarang dah kurang sikit mungkin sebab umur dah makin bertambah jadi diri pun makin matang la kot....( rasa2 tak la matang sangat...perangai masih kalah adik bongsu lagi)...tapi kan rindu jgak kat seseorang kat kampung...(jangan fikir bukan2 tau....orang rindu kat mak la)....mak cakap hari tu mak teringin sangat nak hantar ct balik ukm tapi banyak pulak halangan...sapa nak bagi makan kucing kat umah,sapa nak uruskan makan minum abang long...dan yang paling mak risau sapa nakjaga umah....( macam la umah tu lari...sayang betul mak kat umah tu)....tapi tak pe la sekurang-kurangnya dapat jugak mak pergi hantar sampai umah akak hari tu...sambil2 lepaskan rindu kat cucu kesayangan....(anak buah ct la) Bercakap pasal anak buah nie...rindu pulak kat Nik Mohd Aidil Ridhuan...( sapa yer????ni la anak buah ct )....comel btul...tiba2 plak rasa homesick lagi...ish3
Dah la, tak nak cakap lagi, nantikan tak pasal2 homesick...habis makanan kat kafe hehehe
www.tips-fb.com


“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya. “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,” “Tak payah, bawa sahaja karung guni” “Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya. “Mari kita ke pasar!” Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu. “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan. “Cukup?” “Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar. “Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?” “Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?” “Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan. “Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh. “wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang. “Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula. Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?” “Tak buat apa-apa” “Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid. “Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas” “Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan. “kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal” “Dengan memikul batu-batu ini?” “Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.” “Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini? “Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.” “ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.


Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.



petikan dari majalah solusi
www.tips-fb.com


assalamualaikum.....


Dah lama rasanya tak menulis kat blog....sibuk sangat dengan exam. Kali nie ct tertarik nak mengulas tentang muzik nasyid..apa pandangan anda semua??anda minat untuk mendengar lagu nasyid??Sekarang ni memang tak dinafikan muzik nasyid dah lari dari muzik asal nasyid...tapi pernahkah terpikir??kenapa ni semua berlaku??kalau ditanya pada remaja-remaja sekarang tahukah mereka lagu-lagu nasyid seperti Di Kamar Sepi (saffone), Terima Kasih Tuhan (Mawwadah) dan lain-lain lagi..pernahkah mereka dengar??Mungkin ada tapi ct yakin tidak ramai yang tahu.....jadi sekarang kenapa ada yang sanggup kata "ala, nasyid sekarang banyak cinta la...lagha...tak macam dulu...sekarang jauh menyimpang..penyanyi-penyanyi nasyid tu gila populariti.... tak ada beza dengan lagu non nasyid...lebih baik dengan lagu non nasyid".....jujur ct cakap ct tak setuju sangat dengan kata-kata ni....tak terfikir ke kita kenapa mereka (para penasyid) menyanyikan lagu-lagu sebegini??mesti kalau dalam satu album mesti ada lagu cinta sesama insan....kenapa yer????
Pada ct la kan,mereka nak menarik orang-orang yang tak pernah dengar nasyid,yang hanya dengar lagu-lagu jiwang, cinta dan barat untuk mendengar nasyid..dulu ct tak dengar nasyid tapi bila kumpulan UNIC,INteam dan sebagainya tertubuh...ct mula meminati nasyid...dulu ye ct suke dengar lagu-lagu cinta dari kumpulan mereka...tapi makin lama ct mula meminati nasyid tu sendiri sebabnya ia boleh menyedarkan ct,mengingati ct tentang Tuhan,cinta pada Rasul ...ia membuatkan ct mencari dan terus mencari lagu-lagu nasyid yang lain...rupenya banyak lagu nasyid yang berkonsepkan ketuhanan....dan sebenarnya lagu-lagu tersebut banyak mempengaruhi hidup ct dan membuatkan ct berubah...membuatkan ct sedar tentang kehidupan...
Tapi itu la masalah sekarang,kita sanggup kutuk muzik kita sendiri,dah la tak nak dengar tapi duk kutuk...guna alasan nasyid sekarang banyak lagha??banyak sangat ke?? lagha sampai tak solat ke??memang la sesetengah nasyid ada yang boleh menggalakkan kita untuk bercinta tapi tu sebab kita yang silap memahami apa maksud tersirat dalam lagu tu...
Kawan-kawan,kalau kita tak sanggup dengar nasyid,sapa lagi nak dengar???orang bukan islam sanggup dengar ke???kalau ada mungkin boleh dikira dengan jari kot....itu pun mungkin secara kebetulan....kalau kita tak nak nasyid kita semakin banyak lagu tentang cinta sesama insan,kenapa kita tak suarakan kepada para penasyid?? ni tak kalau album mereka penuh dengar lagu-lagu ketuhanan tak nak beli,tapi bila ada satu lagu cinta sesama insan kata lagha pulak.....tak tahu la nak cakap apa.....
Satu lagi, sekurang-kurangnya lagu cinta yang dinyayikan oleh penasyid tak la sampai mengagungkan kekasih hati lebih dari segalanya...ke ada???lagu mana yer??Tapi kalau muzik lain tu tak tahu la...sampai ada lirik yang sanggup mengagungkan kekasih sehingga mengatakan aku tak boleh hidup tanpamu (kekasih hati) ...
Itulah kita,hanya tahu mengutuk dan terus mengutuk dan tak cube berfikiran positif...sampai bila industri nasyid nak maju dan berkembang kalau kita sekadar tahu mengutuk dan memboikot muzik sendiri hanya disebabkan alasan nasyid sekarang banyak unsur lagha....tak salah kalau nak dengar muzik lain tapi jangan la muzik sendiri sekadar pandang sebelah mata...di anaktirikan....nie tak tahu betul ke tak tapi ct pernah baca kat satu blog tanya ustaz mengatakan setiap lagu-lagu barat pasti terselit mesej kesyaitanan...dan mesej ini hanya di dengar jelas jika lagu tersebut dimainkan secara terbalik dan mesej ini meresap dalam minda separa sedar kita...so apa lagi,ayuh kita beralih ...dengarilah muzik kita (nasyid)....sekian saja coretan dari ct..
Sesungguhnya apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan ct sendiri sebagai hambaNya.....Wallahualam www.tips-fb.com



Ya Allah ..jika aku jatuh cinta,
cintakan kau pada seseorang,
yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku menyintaiMu.

Ya Muhaimin.. jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu, agar tidak terjatuh aku
pada jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana.. jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku padanya,
agar tidakberpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati ...jika aku
rindu, rindukanlah aku
seseorang yang
merindui syahid di
jalanMu

Ya Allah... jika aku menikmati
cinta kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di sepert
iga malam
terakhirMu

Ya Allah.. jika aku jatuh hati
pada kekasihMu, jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMu

Ya Allah... jika kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya
kepadaMu.
Amin.

(pesananku padamu,muslimahku.....renungilah,agar kite sentiasa mendahulukan cintaNYa dari segala cinta dunia ini)
www.tips-fb.com

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibada
hnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seoran
g abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"


Hatim berkata, "Apabila masuk
waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku k
emaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."


"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.





www.tips-fb.com


Sahabat,
aku sudah lama memendam rasa,

berhasrat di dalam jiwa,
melihat kemesraan antara kita,

kan berulang semula...

Sahabat,

saat ini aku merasa sangat gembira,

gembira kerana kita kembali akrab,

hadiah yang tak ternilai harganya buatku...
Sahabat,
saat ini ku amat merinduimu,
aku rindu kata-kata bicaramu,

aku rindu senyumanmu,

aku rindu segala tentangmu...

Sahabat,

mungkin aku selalu menyakiti hatimu,

dalam sedar mahupun tidak,

tapi ketahuilah,
aku masih menyayangimu......
Sahabat,
aku tak sempurna,
aku bukan yang terbaik,
tapi sedarilah,
aku amat menyayangimu...
Sahabat,
kau telah mengisi hari-hariku,

disaat susah dan senang,

Kau selalu bersamaku,

Bilaku salah.. maafkanlah,

Kerana diriku cume manusia,

yang tak pernah lari dari kesilapan...

Sahabat,

andai suatu hari aku terleka,

sedarkanlah aku dari kelekaan itu,

nasihatilah aku dan pimpinilah aku,

ke jalan yang benar....

Sahabat,
ku bersyukur kerna mengenali dirimu,
ku harap moga kitakan bersama,

harungi segala suka duka,
moga kejayaan milik kita,

agar hidup menuju mulia ......



(didedikasikan kepada seseorang yang telah mewarnai hidupku ini....^_^)


www.tips-fb.com

hari ni hari pertama aku exam (padahal dah byak kali sangat dah amik exam)....rasa gementar,takut dan macam2 lagi lah....semua ada....teringat pulak ckap Prof Hawariah,time2 ni la macam2 nak jadi,sakit perut la..pening kepala la....entah la belalang....ni la akibat klu awal2 sem tak nak study....ape nak jadi ni ctiey???ctiey nak jadi pencinta haiwan (kononnya la....mengarut2)....tak tahu nak tulis apa lagi sbb takut sgt nie...hnya Tuhan je tahu...semoga Dia hilangkan segala ketakutan ni dan permudahkan segala urusanku...
hari ni subjek yg ptama terpaksa aku tempuh adalah imunologi...best subjek ni....tak cayer ek???? amik la dan rasailah......sbenarnya aku suka sangat subjek ni tapi disebabkan aku tak berapa nak rajin (think positive dan cakap pun mstilah positif skit hehehe)...tak berapa mudah la jadinya....kenapa ye aku suke subjek ni???? sbbnya aku boleh tahu macam2 tentang tubuh kte ni...macam mana penyakit boleh serang kte,macam mana tubuh kte lakukan utk lindungi kte dari diserang....best sgt....rasa macam doktor pun ada ( dah start nak perasan la tu....ape la ctiey nie) tapi untk sapa2 yang suka sejarah baik jangan amik subjek ni....knp????sbbnya subjek nie byak mghafal....kena faham dari bab satu...klu tak hncurlah bab sterusnya....tapi jugak klu sapa2 yang mmg suke mgetahui sesuatu yang baru tentang tubuh anda,amik la subjek ni....gerenti seronok...
Dah byak la aku mgarut nie...dah stop ctiey,sambung study.....teringat plak zaman kanak2 dgn "si dia" (jgn pk bukan2 ek...jiran ctiey la)....Joe p smbahyang...jangan jadi syaitan jadi manusia(kata abg Zahari pada abg Joe)......kata2 yg main segar diingatanku....so ape lagi....p study sekarang...kte sambung len kali ek ........bye ^-^ www.tips-fb.com


Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya,
Dia membuat dosa terseksa jiwanya,
Terseksa jiwa kerana dosa itu bertaubatlah namanya,
Insya-AllahTuhan akan ampunkan dosa-dosanya,
Di antara rahmat Tuhan lagi hamba-Nya itu selalu diuji dengan bala,
Supaya dia hidup rasa bertuhan,
Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya ,
Mengaku bersalah, mengaku berdosakerana itulah dia dibala,
Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya,
Di antara rahmat-Nya lagi adakala kehendaknya tidak tercapai,
Dia pun redha, Tuhan ganti kehendaknya itu dengan nikmat Syurga,
Atau Tuhan ampunkan dosa-dosanya,
Selamatlah dia dari Neraka itukan rahmat dari Tuhan,
Di antara rahmat Tuhan lagi kepada hamba-hamba-Nya,
Tuhan anugerahkan rasa takut terhadap Zat-Nya di dalam hatinya atau jiwanya,
Takut dengan Tuhan itu adalah pembakar dosa,
Atau perasaannya takut itulah nanti mensyafaatnya,
Di antara rahmat Tuhan lagi kepada hamba-hamba-Nya adalah miskin dan papa,
Dia pun sabar dan redha,
Kerana kemiskinan itu dia tidak pula meminta-minta,
Jauh sekalilah mencuri dan menipu manusia,
Maka di Akhirat kelak kurang hisabnya,
Maka bersegeralah dia ke Syurga, ini salah satu rahmat Tuhannya,
Termasuk jugs rahmat Tuhan rasa hina, rasa lemah, rasa berdosa,
Rasa-rasa ini adalah sifat hamba yang Tuhan sangat suka,
Sifat ego dan sombong pun hilang dari dirinya,
Sifat ini amat merbahaya pada seorang hamba,
Sifat ini adalah sifat iblis laknatullah,
Tuhan hendak bersihkan darinya sifat yang dimurka itu,
Bersih daripada ego adalah rahmat Tuhan kepada hamba-hamba-Nya,
Kerana sifat itu kalau wujud pada hamba-Nya ke Nerakalah padahnya,
Boleh mengorbankan harta untuk Tuhan satu rahmat juga dari-Nya,
Korban harta salah satu sifat taqwa,
Sifat taqwa adalah bekalan hamba untuk Akhirat,
Dapat sifat taqwa adalah rahmat dari Tuhan,
Baru kita faham rahmat Tuhan itu adakalanya datang bersifat negatif,
Di situ ada kebaikan yang tersirat,
Pada kesusahan ada rahmat tersembunyi,
Adakalanya pada kebaikan nampak lahirnya, di situlah ada kejahatan yang tersembunyi

nukilan sahibuzaman... www.tips-fb.com

assalamualaikum sahabat-sahabatku.......


buat sahabat-sahabatku,
selamat berjuang,
jangan mudah putus asa,
berusahalah selagi kita terdaya,
berdoa dan bertawakallah kepadaNya,
sesunggunya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,
redhalah dengan segala ketentuanNYa nanti.........


semoga kejayaan milik kita bersama ^_^ www.tips-fb.com
www.tips-fb.com
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahun untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.



MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER

Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik www.tips-fb.com

Manusia dewasa ini semakin 'kabur' matanya dalam mengenal Penciptanya. Manusia kian alpa dalam sogokan kemewahan serta hiburan di dunia ini. Oleh itu, terpanggil rasanya diri yang hina ini untuk bertindak sebagai 'kaca mata' kepada pencipta Islam sekalian agar kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang keindahan Deen'ul Jannah kembali.Kanta bagi kaca mata ini adalah berbentuk sebuah tamsilan.

Tamsilan dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang cacat sejak dari lahirnya. Dia tiada tangan dan kaki. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Lantaran kemiskinan hidup, dia menjadi pengemis di lorong kaki lima. Dengan hasil sedekahnya itu, dia makan dan minum sekadar cuma. Sehinggalah pada suatu petang yang mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh Si Cacat yang kelesuan. Gelas sedekahnya setia di depannya.


Tiba-tiba sebuah kereta BMW mewah berhenti di hadapan Si Cacat. Turun seorang lelaki yang segak dari tempat duduk belakang kemudian mara menghampirinya. "Mari ikut aku," ujar Si Kaya. "Pergi ke mana?" tanya Si Cacat. "Menemui kebahagianmu," jawab Si Kaya lantas membawa Si Cacat ke sebuah banglo yang sangat mewah persis sebuah istana. Si Kaya memanggil semua doktor-doktor pakar untuk membantu Si Cacat agar dapat hidup seperti manusia normal.

Dengan teknologi yang semakin canggih, Si Cacat mendapat sepasang tangan dan sepasang kaki elektronik yang dapat berfungsi seperti anggota yang asli. Tidak cukup dengan itu, Si Kaya memberi kepercayaan kepada Si Cacat untuk memegang salah sebuah syarikatnya. Semenjak itu Si Cacat telah bertukar menjadi Si Bertuah. Dia mengurus syarikat yang diberikan kepadanya dengan bersungguh-sungguh. Hasil ketekunan dalam pekerjaannya, Si Kaya telah setuju untuk mengahwinkan Si Bertuah dengan puterinya yang sangat cantik rupa parasnya dan sangat baik budi pekertinya.

Si Bertuah berasa sangat berterima kasih kepada pemberian Si Kaya. Sebagai membalas jasa Si Kaya, Si Bertuah selalu menceritakan kebaikan Si Kaya kepada kawan-kawannya agar ramai yang ingin mendekati Si Kaya. Si Kaya mendapat tahu bahawa dirinya selalu menjadi pujian orang ramai atas cerita yang disampaikan oleh Si Bertuah. Lantas dia memberikan lebih banyak hadiah kepada Si Bertuah. Selain itu, Si Bertuah tidak pernah lupa menghubungi Si Kaya. Kepada Si Kayalah dia meminta bantuan dan kepada Si Kayalah dia mengadu masalah. Sehinggakan jika ditelefon, Si Bertuah cepat-cepat saja menjawab panggilan Si Kaya kerana sayangnya yang teramat kepada Si Kaya.

MAKSUD TAMSILAN KISAH SI CACAT

Si Cacat dalam cerita di atas merujuk kepada kita sebagai umat manusia. Asalnya kita semua tidak memiliki keupayaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi, pemurahnya ALLAH SWT telah memberikan kita nikmat agar kita mudah mengerjakan perbuatan. Tangan dan kaki elektronik inilah yang merujuk kepada nikmat pemberian ALLAH SWT. Lantas ALLAH SWT menyuruh kita melaksanakan perintah-NYA dan memberi kita amanah untuk beramal ibadat kepada kita, itulah tamsilan bagi pekerjaan Si Bertuah.

Syarikat di atas pula merujuk kepada pahala kita. Semakin tekun kita beribadat maka semakin banyaklah keuntungan pahala kita. Oleh kerana ketekunan kita, ALLAH SWT menambahkan kebahagian kepada kita agar kita gembira. Sudah semestinya kita akan menceritakan kebaikan dari Maha Pemberi nikmat terhadap orang ramai; yakni kita berdakwah agar lebih ramai yang menyanyangi dan mengikuti agama ALLAH SWT. Tatkala mengetahui kita selalu memuji-muji diri-NYA, makin banyaklah nikmat-nikmat kebaikan yang kita perolehi.

Lantas, kita pun pasti akan cepat-cepat menjawab panggilan ALLAH SWT yakni kita yang senantiasa dibantu ALLAH sudah tentu akan tidak berlambat-lambat mengerjakan ibadat solat selepas seruan azan dilaungkan. Apa yang dapat kita simpulkan di sini, kita sebagai hamba ALLAH yang hina-dina ini sepatutnya sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan ALLAH SWT. Jangan pernah berlaku sombong kepada-NYA dan sentiasalah berdakwah yakni menyeru umat manusia mentaati ALLAH dan menjauhi larangan-NYA.

Sahutlah panggilan ALLAH yang menyuruh kita mengerjakan solat dan dirikanlah ia di awal waktu agar limpah kurnia serta taufiq dan hidayahnya terus-menerus dilimpahkan kepada kita. Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ma'idah dari ayat 9-11 yang mafhumnya:

'Dan ALLAH telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka itu keampunan dan pahala yang besar.Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat KAMI, mereka itu penghuni neraka.Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu, ketika satu kaum bercita-cita hendak menyerangmu (membunuhmu), lalu ALLAH menahan tangan mereka daripadamu dan takutlah kepada ALLAH. Dan kepada ALLAH hendaklah bertawakal orang-orang yang beriman.'


www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails